Khai Bahar - Bangkit Semula

Langit nan cerah terang cahaya
Sejuk terasa tenang bahagia
Sinar mentari kian menjelma
Tanda ceria ku gembira

Tuhan mengapa sembuyikan mentari
Datang ribut yang melanda tanpa henti
Rupanya betapa indah sang pelangi yang mengganti

Terukir indah lukisan jiwa
Menjejak rasa hati bergema
Menyelam kata penuh bermakna
Adakah kekal selamanya

Engkau berjuang menahan, oh derita
Redupkan duka yang semakin gelora
Tangan yang menghulur di biar rahsia
Kerananya

Tuhan mengapa sembuyikan mentari
Datang ribut yang melanda tanpa henti
Rupanya betapa indah sang pelangi yang mengganti

Engkau berjuang menahan, oh derita
Redupkan duka yang semakin gelora
Tangan yang menghulur di biar rahsia
Kerananya