Lirik Ismail Izzani - Nyawa

VERSE
Di saat ku gelita
Di selimut sengsara
Kau bagai bintang bersinar

Dan bila ku terluka
Dihiris kisah lama
Kau kaburi semua bayangan

PRE-CHORUS
Ku berharap tertulis kita selamanya

CHORUS
Kau hadir dalam mimpiku
Dalam setiap doaku
Terangilah cinta ini
Agar bahagia

Kau hadir memeluk jiwa
Jawab s'gala tanda tanya
Kau satu-satu lah nyawa
Bagaikan udara

PRE-CHORUS 2
Ku berharap tertulis kita sampai syurga

BRIDGE
Tak mampu aku
Melepaskan diri mu
Aku rayu
Yang sesungguhnya 
Aku mahu kamu tahu